Terma Dan Syarat

PERATURAN (rules)
1. TIADA BAYARAN = TIADA TEMPAHAN
2. Anda tidak dibenarkan untuk membatalkan tempahan setelah pembayaran dibuat. Jika tidak, wang anda tidak akan dikembalikan.


MAKSUD PRE-ORDER (meaning of pre-order)
Barang pre-order bermaksud barang yang ditempah tiada dalam simpanan atau tiada pada penjual. Dalam erti kata lain, barang yang anda bakal order nanti tiada pada kami dan kami akan membuatkan barang-barang tersebut bagi pihak anda.

Kebiasaannya, masa menunggu sesuatu barang mengambil masa 60 hari bergantung kepada keadaan cuaca atau faktor perayan, bencana alam dan sebagainya.

Kelebihannya ialah, biasanya barang yang kami jual ini lebih murah daripada yang berada di pasaran kerana ianya harga terus dari kilang, tidak perlu bayar sewa tapak/kedai dan menjimatkan kos penghantaran.


HARGA (price)

1. Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak. 


PEMBAYARAN (payment)

1. Kami menerima bayaran melalui :
   * Maybank
   * CIMB
   * Paypal (USD/RM) - kami akan menghantar invoice ke alamat Paypal anda.
   * Kredit/Debit Kad - kami akan menghantar invoice ke email anda - tak perlu daftar Paypal

2. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup. Tetapi sekiranya anda berminat untuk dapatkan barangan tersebut lebih awal, anda dikehendaki membayar caj tambahan sebanyak RM10 sebagai kos perkhidmatan.

3. Anda tidak dibenarkan untuk membatalkan tempahan pada saat-saat akhir/selepas tarikh tutup. Jika tidak, wang anda tidak akan dikembalikan. 

MASA BARANG DIPROSES (item processing time)

 1. Masa menunggu barangan adalah 60 hari bergantung kepada cuaca/perayaan dan sebagainya dari waktu perbuatan.

2. Sekiranya barangan tersebut OUT OF STOCK, kami akan memaklumkan kepada anda dan memulangkan kembali wang anda 100%.

PENGHANTARAN (shipping/postage)

Setelah barang siap diperbuatkan, kami akan segera pos kepada anda melalui PosLaju/PosDaftar/Pos Biasa selepas memastikan barangan tersebut dalam keadaan baik.


JAMINAN (warranty)

1. Kami tiada jaminan mengenai barang yang dibeli melainkan dinyatakan mempunyai jaminan.

2. Sekiranya barangan tersebut rosak ketika penghantaran, anda dikehendaki memulangkan barangan tersebut kepada kami dalam masa seminggu selepas barangan diterima.


JAMINAN KAMI (Guarantee)

1. Jika barang yang ditempah sampai lebih dari 3 bulan/12 minggu, pihak kami akan membayar 10%daripada harga barang kepada anda beserta barangan tersebut sebagai ganti kos menunggu.